Monday, December 31, 2012

Tahun 2013 . 2012 yang berlalu.

Assalammualaikum dan salam kasih sayang :)

Menyepi sebuah Blog tanpa sebarang coretan ..
yaa ternyata ~ sisangkar dunia menjadi sangkar hati juga untuk dikongsikan..

2012 baru saja berlalu meninggalkan kita . Namun coretan masa itu hanya sekadar nombor , susah sekali utk mengubah segala-galanya dengan sekali gus ? Bersetuju ? hihi :)

Alhamdulilah , sekali lagi zaza menulis . untuk meleraikan segala kekusutan hati..

Hari Ini , Zaza bertekad utk melupakan semuanyaaa . mampuu ?
haha . Sesungguhnya cabaran besar bt hati ini..
 kawan pernah berpesan " jangan sampai apa yg za fikir ini , menjadi zina dalam hati " Terima kasih pada Mr. Z .. 
Fikir dan terus fikir . Sudah terlalu banyak masa dibuang , sudah terlalu bnyak peluang dipersiakan.
Harap-harap selepas ini , serba serbi tentang dia tidak dikaitkan dengan zaza lagi ..
Sahabat tetap sahabat , tetapi tidak akan pernah lebih daripada seorang sahabat :)
 # Berserah pada kekuasaanNya ..

So , Kekalkan persahabatan ini , mula langkah baru..
alhamdulilah permulaan yg baru ..
Tersenyum bila ingat .. Mungkin ini yg sepatutnya zaza bt dari dulu..

2013 ~ Ini Juga , Za mendukung tanggungjawab yg besar .. berharap akn sentiasa membuat yg terbaik . mampu kah KETEGASAN zaza perteguhkan semester 6 ini ? Banyak sudah perkara maw buat untuk strategi kerja yang lebih mantap .. Mohon agar hati ini sentiasa bersedia ..

2013 ~ Berharap , agar tahun ini menjadi tahun yg terbaik antara semuanya ..
menjadi tahun yang mampu memberikan banyak manfaat dan sentiasa dikuatkan hati dalam menerima ujianNYA ..

# Doakan terbaik untuk zaza yaa #



^,^ snap Snap 2012 ^,^



Teralu banyak kedukaan yang pernah menghiasi hati #
Lucu pun ada bila dikenang . Haha :)
kenangan yg pastinya akan menghiasi hari2 zaza selepas ini ..
" tempat jatuhkan lagi dikenang " kann :) 
Akan diabadikan dalam kamus diri yang lalu .

Terima Kasih awak . awak . awak .
yang Sentiasa menyokong , saat susah senang .

masa untuk berehatt . Selamat tahun baru semua... Azamm diperkuatkan .
Gudluckk <3


Saturday, November 17, 2012

Assalammualaikum dan salam sayang :)

Dah terlalu lama x jenguk blog :)
Besarang lebah dah blog nie. haha .

Alhamduliah. Sepanjang beberapa bulan ini ..
sihat seadanya .. Hati ? Allah bg byak dugaan utk tetap kuat ..
Akhirnya :3 masih kekal begini .. hihi..

Apa sekalipun keadaan yang merumitkan hati .. Kita Redah jak :)


Dengarlah Bintang Hatiku :)
Lagu yang mengusik hati tiba2 tepaut hati untuk mendengar dn terus mendengar ..
Selamat menjadi hiburan telinga kita semua ..

# Doakan saya exam dapat jawab dengan baik ya awak #

Wednesday, September 26, 2012

Ada Untuk Kamu :)


Aku Bukan Siapa2 :) 

Assalammualaikum dan salam sayang ..
cukup untuk pengisian sarang hati hari ini..
Lagu Armada utk santapan telinga ..

Banyak sebenarnya boleh kita terjemahan dr lagu ini..
Terutamanya bt kamu semua yang sedang dalam KEMELUT !
dalam apa sekalipun kemelut..

cuba kau lihat dirimu dahulu , sebelum kau nilai kurangnya diriku..
apa salahnya hargai diriku sebelum kau nilai siapa diriku..

Dgar bait2 lagu ini ?
Positifkan diri kamu ..
Susah utk kita pksa org menerima kelebihan dn kekurangan diri kita..
tapi .. Untuk org menilai kita tanpa kenal kita sedalamnnya . 
mereka TIDAK layak sama sekali :)
Hanya Allah S.W.T knal niat dan hati kita..

Perteguhkan hati kamu duhai kesayangan ..
Dgar hati dan jiwa.. andai ini pilihan kamu..
buktikan kamu buat pilihan yang terbaik..
sentiasa ada untuk kamu :)
hari ini. Esok. Dengan IzinNya Sentiasa :)

Saturday, June 30, 2012

Kasih mengasihi :)


Assalammualaikum dan salam sayangg ..
Kasih Mengasihii .. 

Tiba2 pula malam ne terasa hati maw update bloq.. kenapa yaa? entaahh Lh.. layan ja laa :)

Allah S.W.T ciptakan kasih dalam hati kita.. untuk kita mengasihi sesama kita..
Kasih Pada Allah ..
Kasih Pada keluarga ..
Kasih pada Teman..
Kasih pada Pasangan..

Selagi namanya kasih , pasti murni sungguh jalinan itu..




Kasih mengekalkan ketenangan jiwa.. Mendamaikan pelusuk hati..
Jangan simpan kata berlawanan KASIH dalam hati.. benci .. dendam !
Pastinya keadaan juga menjadi berlawanan..
ketenangan jiwa diragut .. ilang kedamaian pelusuk hati..

Bila saja kamu kekurangan kasih , Datanglah sini..Pasti zaza bekalkan kamu dengan kasih di hati ini..
Adakalanya , Kita adalah pemberi semangat kepada mereka sekeliling kita , walhal kita sebenarnya mereka yang lemah di dalam..
Namun percaya , Allah itu maha adil ..maha mengetahui isi hati umatnya..
Kelemahan itu Dia sandarkan di hati , untuk menjadikan kamu lebih kuat di dalam..



^^ Sentiasa ada bersama .. walau saat kamu tersenyum gembira..
tersenyum berduka.. Pastinya Kasih ini milik kamu..
Allah perkuatkan kasih antara kita untuk kita merasai erti kasih sebenarmya..
Alhaamdulilah.. Kasih Di hati ini ada untuk Kamu :)




# Jangan dustai kasih ini #

Thursday, June 28, 2012

Sukar ? Sesukar terjemahan hati . Saya Cuba :)

Assalammualaikum dan salam sayang ..

Betul salah . Betul salah !
Zaza juga binggung..
tp perlu dan perlu semua ini..

Ketetapan dalam hati .. yang begitu payah untuk zaza terjemahkan..
Suatu hari .. zaza tersedar dr hari yang panjang ..
sakit pada dasar hati yng mendalam..
Hanya Tuhan Mengerti =,=



Kenapa begitu rumit .. hingga terlalu dalam kesannya..
suatu hari kamu semua pasti memahami..
Bukan mahu terus begini , Cuma kekosongan yang merentap hati.. =,=

Betul kata orang , Segembira mana pn org itu ..pasti punya sekelumit sendu di hujung tawa..
Seperti lalang , Kejap begitu .. Kejap begini..
Hingga dia tidak sedar pun menguris hati..menusuk..


InsyaAllah , semoga semuanya dipermudahkan ..

Saturday, June 23, 2012

Titip Rindu bagaikan Puteri ,indah Sang Ratu Seikhlas Laksmana Sunan :)

Assalammualaikum dan salam sayang..

Tengah malam layan Hati ..Hihi :)

Di Bawah Ini merupakan siri Novel RAMLEE AWANG MURSHID :)
Noveliss yng sangatt zaza minati .. novel yang sangatt memberikan impak mendalam dalam hati ini..
Seri Kisah Cinta yang berlatarkan sejarah dan pergolakan masa..



Kisah agung Sang Ratu yang sangatt mengharukan hati..
Dugaan demi dugaan .. Mereka SuamiIsteri Tempuhi..
namun , Gagahnya hatimu Sang Ratuu..
kegagahan itu , Mengetuk hati ini..
Agar turut sama mewarisi kegagahan hatimu..



Sunann ! Cukup Sebagai perwira..
Watak yang bgtu tabah dn mulia dlm siri ini..
zaza sangat kagum dgn jalan cerita ketiga2 Novel ini..
SEjarah :) 



Semoga karya2 Noveliss ini akan berkembangg dr sehari ke sehari..
InsyaALLAH .. Doa utk empunya diri :)
Semoga kekal Jaya :)

Friday, June 8, 2012

[ Kau Sinar Hati ini :) ]

Assalammualaikum dan salam sejahtera semuaa..

Chuaa Geng Bas Sekolahh? hihi Sekarang d Astro Ceriaa..
Eyaa .. Kau Sinar hati Ini :)



Laguu ? Buat Ku di sana.. Mafa feat ronnie :)

- Sering harungi sendiri kekurangan diri..hanya tuhan mengerti..
tak mengharap sang cinta mahupun dicinta..umpama tiada rahsia..
Kau sinar hati ini..Biar pun hanya sesaat disisi.. -

Cukup sinonim dengan firasatt hatii ..
selepas sedikit kucar - kacir wif Mr. Sahabat.. tueelaa jauu sana.. susah mw dibincangg ..

Sekarang semuanya owkey.. tunggu masuk sem nnt ..
Dua2 Kunci Mulutt !
GOod..

Sahabat .. 
pastinya kamu memahami , dan saya juga pasti belajar memahami..
Maaf ! Andai semua terlalu payah untk di fahami..
harap kamu mengerti.. 
Sebagaimana saya mengerti kamu :)

Sahabat ..
Betul . Kasih Berlandaskan kepercayaan ..
Tapii.. kepercayaan juga berteraskan hati , akal dan perasaan..
Bila hati kata cinta , maka di situlah kasih..
Bila Akal kata tulus dan ikhlas , maka di situlah kasih..
Bila perasaan kata cinta , tulus dan ikhlas  , maka disitulah kasih..
berdiri atas Landasan Kepercayaan .. 

dan Terima Kasih atas kasih :)






Monday, May 28, 2012

[ Kembara Ilmu RP - Part 3 ] [ Melaka , Negeri 9 - Kuala Lumpur ]

Assalammualaikum dan salam sayang kembalii :)

Part 1 dah , Part 2 dah ? zaza teruskan dengan part yang terakhir..Kembara Ilmu rakan pustaka..

zaza pengemarr sejarah :) 
Seperti kita tahu.. MELAKA  punya nilai sejarah yang sangat menarik..
dan Syukur padaNya .. kami teruskan perjalanan sampai ke sini .. 




Kota A Famosa Tempat Menarik Di Melaka Bersejarah. A Famosa merupakan salah satu tempat menarik di Melaka atau salah satu tempat bersejarah di Melaka. Kota A Famosa dibina pada pada tahun 1511 oleh Portugis apabila mereka berjaya menakluk Melaka .




Kita semua da belajar sejarah kan? pastinya sejarah-sejarah d melaka sedikit sebanyak kita tahu kan...
Menarik dan Khazanah dahulu yang sangat mengujakan..
jangan lupa makan Cincaluk kalu uda berada d bumi Melaka ini ..



keindahan . kecantikan . jauh sekali mmpu diungkap dengan kata2.. Rakan Pustaka menjelajah bumi Melaka.
Seperti bermimpi # zaza berada di tempat yang zaza selalu baca dalam buku teks :) #



Lagu tdak lekang d Bibir .. " abg beca,abg beca di tengah jalan..cari muatan utk mencari makan..putar-putar kaki mengayuh " aww Semogaa..Murah rezeki mereka semua pakcik2 ini..dapat rezeki yang banyakk.. aminn..


" Aku berjanjii,taat setia pada negara " hahah Kredit to syikin :)


Sehari suntuk di MELAKA .. kami kembali ke Politeknik Shah Alam.. singgah sebentar di 
Negeri sembilan .

Nilai 3 - Merupakan tempat gedung membeli belah yang sangat cantik..
kalu mama yang kena hantar di sini.. confrm gembira..




My Camera OFF masa ne . Kenapa? hbis bateri .. 

Menanti gambar2 dr kamera lain baru upload :)

sekarang . untuk hari terakhirnya.. kami kembali ke Lawatan rasmi .. KUALA LUMPUR ..

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
ISTANA BUDAYA




Disinilah tempat En.Ali bertugas sebelum berpindah ke Politeknik Kota Kinabalu..

Batu bersurat Terengganu . Bukan asli :) Asli masih di Negeri Terengganu lagi..
Gambar2 Bekas Perdana Menteri Malaysia banyak terdapat di Galeri dalam perpustakaan Negara ini..
Mengisahkan tentang minat Tun Dr.Mahathir yang sangat suka membaca..
Jangan tidak tahu .Tun Merupakan Ikon Membaca Negara :)

Antara Ruang bacaan di dalam perpustakaan Negara ini :)


Seterusnya.. ISTANA BUDAYA.,
tidak jauh.. hanya sebelah sahaja dengan PNM nie..

Pernah nampak Pentas Bergerak2 ? xsLusiff tempat nie.. disinilah Penari2 Negara di asah..




Antara pameran di Istana Budaya :)

Pementasan di sini semuanya bertaraf dunia .. satu hari sewaa.. Rm 15 000 ? waaa.. bayangkan pementasan Puteri Gunung Ledang teaterkan di sini.. :) hebat Malaysia..

tarian Khas daripada Penari2 Malaysia.. lemah lembut semuanya..dan RP ? seperti selalu..
sporting betul kalu di suruh turun menari...
zaza gembira :) Lihaatt kamu semua Gembiraa .. 


Suasana dalam Istana Budaya ini .. kilauan lampu yang menarik.. :)




Penutup segala hari .. Terima Kasih pada semua yang terlibat..
Alhamdulilah..Program ini berjalan dengan selamat.. 7 Hari menjelajah semenanjung dan Negara luar..
pelbagai budaya dan ilmu kami perolehi..
dan pastinya akan menjadi perkongsian kita semua ..

Kepenatan semuanya berbaloi dengan Keindahan setiap tempat yang kami lawatan.
Program ini berjalan atas inisiatif kewangan kami sendiri.. 
Sekali lagi..ribuan terima kasih kepada semua..
Sayang pada Rakan Pustaka ..
Maaf Kalu zaza da terkasar bahasa aa sepanjang program..

perlu diingatkan .. Walaupun segala keindahan bangunan2 ini atas kerja manusia , tapi tanpa keredhaan Allah S.W.T semua ini tiada.. Maha Besar Allah :)

with Lurve
# zaza #

Sunday, May 27, 2012

[ Kembara Ilmu RP - Part 2 ] [Genting HighLand , Johor dan SINGAPURA ]

Assalammualaikum dan salam sayang .. 

Kembara Ilmu Rakan Pustaka.
Dah baca part 1 ? Kita teruskan ke part yang seterusnya di mana kita akan melalui satu perjalanan yang panjangg :)

Malam sebelum pg genting :) kami melawat Ict ! Satu Lagi tempat yang cantik..
lampuu-lampuu . ingin ku petik .. untuk menyinari gelap ku .. :)
awww ..




Seluas Padang .. seindah ciptaan Allah :)

cantik pantulan cahaya ..
berwarna -warni..
semoga hubungan kita semua..
kekal seri seperti warna ini..
 Sangattt Menarikk ! 

kami teruskan perjalanan seawal 6 pagi ke Genting HighLand ! wowww..
zaza sangat suka tempat ini.. menarik dan game mencabar !



Kegembiraan tepancar dalam setiap raut muka mereka ..
kamu semua Layak merasai kegembiraan in..
setelah penat lelah kamu semua..
My Rakan Pustaka..


Alhamdulilah.. Rakan Pustaka dpt menjejakkan kaki ke sini..
Lawatan ini sangat mengujakan..

kami teruskan perjalanan jauhh memakan masa berjam2..
Tidur di bas.. R& R menjadi tempat persinggahan. sepanjang perjalanan ini..
Penat ? Kegembiraan ini mengatasi segalanya..


JOHOR - SINGAPURA

Syukurr syukurr .. tidak lekang kesyukuran di hati..
mampu sampaii diluarr Negara :)
tdak sampai 30 minit pn..hihi ..

SINGAPURA .. 
Pembangunan yang sangat mengagumkan..
Kagum dengan kebijaksanaan senireka di sini..



Berlatarkan Marina Bay Sand :) Nampak Pandangan atas macam perahu tu? jangan tidak percaya..itu adalah Kolam renang .. cantik kn ? nnt zaza dapatkan view atas untuk kamu semua ya.. :)


Neeehh ! ne pandangan dari atas perahu .
Sumber : Internett.. wiss la kami mahu gambar dr aras atas macam nie..hihi

tp alhamdulilahh..sampai juga di negara orang ni :)

jumm .. kita tengo gambar2 ..




--My Rp twin :) Anas.



Fizan , Amsmar n baby --
Universal Studio Singapore ..
Woww ! its really a greatt place..



Snap- snap :)


Selesai Singapura :)
JOHORR marii :)
Kami menetap di Politeknik Ibrahim Sultan..
terima Kasih atas layanan yang baikk :)

Hari berikutnya . 
Perpustakaan Politeknik Ibrahim Sultan..
Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
KFCH college Johor


PIS - Pustakawan : MR. Charles .Kwan Abah Ali.. Sporttingg..



Sama macam Library PKK kn .. da tangga untk ke tingkat dua..bezanya..deko2 nya :)


KFCH College :)
Dalam college ini.. ada hotel untuk melatih pelajar di sini..dlam bidang culinary..
Hospitality .. Dewan yang sangat selesa .. Tapi sayangnya ..tdak byk tmpt kami melawat..mggu exam sdg berjalan :)


Pandangan perpustakaan KFCH :)

Pernah nampak perpustakaan ini sebelum ini?
Cantik. Punya bangunan tersendiri untuk perpustakaan..
Besar dan sangat selesa..yaaa. ini UTHM .. Byak ex Student POli d sini :)

UTHM .Perpustakaan ini mula beroperasi pada tahun 1993.




Galeri YANG PERTAMA .
Galeri ini memaparkan semua YANG PERTAMA di MALAYSIA..
Seperti : Siti Nurhaliza -penyanyi pertama buat konsert d Royal..

Zeti Aziz - kenal tidak? Cuba Tengok duit kertas Kamu .. Itu Sign Gabenor..Merupakan wanita pertama jadi Gabenor :)

Gambar kenangan di perpustakaan setinggi 4 Tingkat ini :)




Tangga menuju ke unit pentadbiran perpustakaan..
Tangga Menuju kejayaan..
Tangga ilmu..

Selesai lawatan kami di sini.. Mesti penat Membaca kan? hihi :)
semoga bacaan kamu semua ini mampu memberikan Ilmu kepada kamu semua yaa..

Lawatan seterusnyaa .. kami teruskan Ke MELAKA . NEGERI SEMBILAN .. KUALA LUMPUR :)

Kota Bersejarah .. InsyaALLAH akan zaza selitkan sedikit sedikit ilmu sejarah di PART yang seterusnya.. 

Rakan Pustaka Kembara Ilmu :)