Monday, February 17, 2014

Kerana Kamu RAKAN PUSTAKA :)


Assalammualaikum . salam sayang semua :)

Eya . Kerana kamu RAKAN PUSTAKA . 
Kerana Kamu sebahagian keluarga RP .

Inilah tanggungjawab terbesar kita . KEMPEN GALAKAN MEMBACA .
Bersyukurlah . kerana ini lah program yang menyatukan kita semua andai kamu betul2 memahami erti
 " Support each other " dan andai kamu selami Motto 1 Family .


Kaka tahu , kaka pernah jadi seperti kamu , kaka pernah alami ..
Pagi pembentangan Final Project , Malam Kemuncak KGM .
Hari2 penuh assgnment .

Kaka tahu , kaka pernah duduk kira drawing building sambil yang lain latihan tarian ..
Kaka pernah , balik dr library lewat malam , sambung kira drawing d kamsis . Masuk bilik 1 jam sebelum kelas * kak suji kak pija izni yg roomate masa tuh suda nyenyak tido sbab penat .

Kaka juga pernah stress , malam sebelum KGM , kaka pernah sedih betul sebab takut semua x berjalan dgn balik . Kalu x percaya check previous post bloq kaka * Hehe . Siapa yang pernah kerja dengan kaka , kaka tahu banyak yg kena marah balik2 oleh kaka terutama yang bertugas malam KGM .
utk itu semua Kaka really say sorry * kaka sayang kamu fullblast *

Apa lagi ? semuanya pernah dialami .. kaka bukan penari tapi kaka turun bila dorang latihan penari , kaka bukan tukang silat tapi kaka turun bila dorang latihan silat . 
Tahu kah ? itulah saat paling kaka rindu sekarang . Rindu untuk bersama2 kamu . Rindu dengan KGM .
Kalu kamu jadikan ini semua sebagai satu beban , nescaya kamu akan terbeban , tapi andai kamu rasa ikhlas , pasti hati kamu gembira apabila semuanya sudah selesai dengan baik .

Bila rasa hati lemah , ingatlah Allah sentiasa ada untuk membantu ..
Bila rasa diri x mampu , sujudlah mohon Allah gagahkan diri .. InsyaAllah ..
Kaka tahu , kamu semua pasti boleh buat . Kita kekalkan momentum kejayaan , bukan untuk kita menabik dada , tapi untuk kita pegang amanat tanggungjawab sebagai anak-anak pustaka yang berjaya .

Kenapa kita ? Perluka kita ? kenapa bukan orang lain ? 
SEBAB Allah bagi kamu kebolehan sebagai pemimpin dalam kalangan rakan-rakan kamu yang lain ..
Allah takdirkan kamu dalam RP untuk sama2 membentuk jati diri yang lebih baik , kualiti kerja terpuji ,kekuatan hati yang tinggi , 
SEBAB itu , kamu ada di sini , di RAKAN PUSTAKA . Bezanya kamu dengan orang lain . 
Hargailah masa yang ada untuk bersama , hujung sem semakin hampir , pastinya muka-muka lama akan pergi , bukan pergi jauh , tetap di hati , yang pasti tidak sentiasa bersama seperti sem-sem ini .

Terima kasih Ya Allah , kerana mereka semua ini , sebahagian dari hati saya . Sebahagian Jiwa saya . Alhamdulilah .


+ KakazazaSayang kamu +



Tuesday, January 28, 2014

Dulu di kasihi , Kini Disayangi :)

Assalammualaikum , Salam sayang buat keluarga Rakan Pustaka ..

Kembali melalut , disebabkan kasih yang menebal dari hari ke hari .. sayangnya pada kasih yang satu ini seumpama darah daging sendiri .. 


Saya juga pernah rasa putus asa .
Saya juga pernah menyerah .
Namun , saya teruskan . kerana saya percaya Allah itu ada dalam semua masalah ..
Allah akan membantu dalam setiap ujian yang diberikan ..


Begitu payah dalam menyatukan satu silahtuhrahim yang sangat besar .
Yg datang dari pelbagai latar yang berbeza .. 
Jaga hati itu , jaga hati ini ..
dan kita belum cukup kuat untuk itu semua ..


The Most Important things ?
Pertamanya . Percaya pada kuasa pencipta kita - Kita bersama atas takdir , di mana kita diberi peluang belajar satu nikmat keluarga , kawan - kawan dan organisasi yang terbaik untuk membentuk diri kita . Sentiasa percaya , kita berada di sini adalah satu kebaikan yang tiada tolak banding :)

Keduanya :)
Terima apa adanya keadaan . Dulu adalah satu keadaan berbeza yang mungkin dilalui dengan sekarang . Tapi itu lah realiti , tiada benda yang sama . Jika kita masih mengharap keadaan dulu nescaya , masa kini kita akan tercicir . TAPI apa salahnya kita berusaha untuk jadikan keadaan dulu tetap selama-lamanya harmoni sehngga kini .

KeTiga - Tolak Ansur . Kita tidak boleh menjadi seperti mana org mahu , dan seperti mana juga org lain tidak boleh memaksa kita menjadi seperti mereka .Dengan itu , istilah Tolak ansur ini sangat penting dalam sesuatu hubungan . Belajar memahami keadaan , Belajar memahami perasaan orang lain . Ada yang ingin di kasihi seperti keluarga dan kita perlu mendidik diri untuk memahami perasaan seseorang yg menjadi ketua dalam seribu kepayahan. 

Keempatnya - Kasihilah sesama kita . inilah kekuatannya . apabila kita mengasihi sesama kita . sama seperti kita menghormati sesama kita . Bila kita kasihi , nescaya dalam susah senang akan bersama . tetapi bila kita mulai membenci , nescaya kita akan penuhi hati dengan kebencian , kita akan pandang dengan sinis , kita akan tolak ke tepi semua kebaikan . belajar simpan kasih sayang dalam hati . muda ka . tua ka .. nilah pengerat paling utama dalam hubungan .

Terakhir dari kaka - Andai pelukan boleh meredakan hati yang sedang bergoncang , maka peluklah sesama sahabat . Kita semua bertuah ada disini . Tiada yang sama seperti kita semua .  Cukuplah kehilangan , hargailah setiap masa yang kamu ada untuk bersama-sama . Belum tentu masa depan berpeluang bersama -sama lagi .


Kaka zaza sayang kamu :)