Sunday, December 18, 2011

[ Mr.Vially ] Ini ceritanya.. ^^

Assalammualaikum semua.. tergerak hati untuk menulis tentang dia hari ini.. dia sejak 3 tahun y lalu yng akan genap 4 tahun beberapa hari sahaja lagi....
Ya Allah..Beri aku Kekuatan agar mampu Menulis semuanya.. tanpa menyakiti hati sesiapa..tanpa menimbulkan pa sekalipun kecelaruan.. biarkan pada hari ini Sisangkar Dunia bersuara..bukan lg berbisik..

Saya mahu terus berdiam..tapi saya percaya ..berdiam itu seakan2 saya tidak tahu..tidak faham..tidak mendengar..mahupun tidak merasa..ada yang mungkin tidak selesa ttg ini..

Mr.Vially,rasanya sesiapa y kenal dgn saya sedikit sebanyak tahu ttg kami berdua.. hubungan yang dimulakan sebagai teman..sehingga rasa cinta itu ada..sepanjang  persekolahan..yupp dia lah "teman" saya yang plg saya sayangi..teman yang senang utk saya meluahkan segalanya..belajar sama2.. dialah Mr.Vially..
Seseorang yng menjaga saya dgn cara dia sendiri.. seseorang yng bagi saya kata-kata semangat andai saya lemah..pada masa itu..yaa..dialah cinta saya !

Mungkin keadaan itu berbeza sekarang.. selepas sambung belajar diploma..yup..saya rasa perbezaan itu.. dipisahkan dengan suasana..dengan persekitaran yang lain..pernah satu ketika seawal masuk tempat tuntutan ilmu ini, tatkala isu agama antara kami dibangkitkan..saya dapat lihat kegelisahan dlm diri dia disebabkan perbezaan kami yang satu ini..saya dpt lihat bagaimana kesukaran dia berdepan dgn ini.. bila persoalan diajukan " Kenapa kita lain agama " ..lalu apa yang mampu saya katakan?? saya meredhai semuanya..

Namun..semuanya masih berjalan seperti dulu..cuma bezanya kami tidak punya masa yang banyak utk bersama-sama..tidak seperti sebelumnya.. saya sedikit binggung sebenarnya dgn keadaan sekarang.. eya..kami tidak bersama seperti dahulu..tp perhubungan kami ,perasaan masih seperti dulu..saya tidak pasti apa sebenarnya status hubungan ini..

eya..sejujurnya banyak yang saya dengar ,sedikit sebanyak menguris hati saya kebelakangan ini..kenapa perlu sakit? sebab perasaan ini adalah perasaan yang sama sejak beberapa tahun yang lalu..terlalu lama kasih d lakar di dada hati ini.. Apa yng saya mahu adalah sebuah kejujuran..andai btul apa yang saya lihat..apa yang saya dengar.. saya sudah bersedia..sebab saya sentiasa mahu yang terbaik untuk dia..tapi sekali lagi penafian daripada dia..dan apabila saya tanya Kaum hawa itu..begitulah juga jawapannya..tapi lain yang saya dengar daripada org lain.. "saya pengacau"."saya mengganggu"."saya tidak senang dgn mereka berdua" ..malah saya dpt lihat bagaimana org sekeliling melihat saya.. Pandangan yng tidk senang dgn saya.. saya tertanya2..apa sebenarnya semua ini..mainan apa y sedang saya lihat sehingga saya sendiri menjadi senarai pelakonnya.. sungguh dan sesungguhnya..saya sedih berdepan dengan keadaan ini sedangkan 'mereka' .mereka dn 'mereka' ini tdak tahu..apa sebenarnya..

Saya cuba mencari kepastian..andai perasaan dia mulai beralih..maka saya akan sedia menerima semua itu..sebab itulah juga perkara yang saya cuba untuk lakukan sejak beberapa bulan yang lalu..namun apa kudrat saya kalau semuanya ini tidak mampu hilang melalui ingatan.. berapa kali saya cuba tanya apa sebenarnya hubungan mereka..jawapan dia tetap sama.. " Kami Kawan seja".. akhirnya juga saya yang kena mara sebab timbulkan pertanyaan ini.. saya tahu mcm mana mr.vially ini..terlalu takut menyakiti hati kawan..terlalu menjaga hati org.. tapi pernah dia tanya..apa perasaan saya dengar semua ini??

Bagi saya,saya menghormati perasaan saya sesama perempuan..saya faham perasaannya.. bukan saya tdak pernah cuba untuk menjauh tapi apabila menjauh itu lah kami akan kembali sama seperti dulu kembali... saya maw semuanya jelas..saya tidak mahu penggantungan perasaan seperti ini.. dan apa sebenarnya antara saya dengan Mr.vially ini tanpa  kata putus antara kami..dan secara JUJUR belum ada sekali pun kami bersemuka secara depan untuk mengakhiri hubungan kami sebelum ini.. Belum pernah kami membincangkan semua ini dengan cara y btl..walaupun selalu "lost conct" untk seminggu dua..tapi keadaan akan kembali macm dulu lg selepas itu.. INI sebenarnya yng betul2 membinggungkan saya sehingga hari ini..dan beberapa hari ini saya sudah punya kekuatan.. sudah saya sampaikan..saya mahu berdepan dengannya untuk pengakhiran semua ini..untuk mencari arah tuju seterusnya hubungan ini ..samaada begini mahupun begitu..tapi seperti sebelumnya..dia masih membisu..

saya bagi kamu situasi jika kamu ditempat saya..
"Kamu sgt sayang org itu,dan seterusnya itu juga y org tuh cakp dengan kamu.. dia tdk bersedia utk kamu bersma-sama org lain.. begtu jga dgn sebenarnya perasaan kamu dan apa keadaan kamu masa itu..apa yang kamu "sms" & kamu cerita..Apa y kamu lakukan..apa yang kamu tuturkn..bicarakan.. masa kmu becinta,itu juga lah yang masih berlaku sehingga ke hari ini..umpama tidak ada "hal2" lain ini berlaku.. tapi..kamu dgr dia dgn org lain..bila kamu tnya utk kepastian dengan dia..dia menafikan semuaaaanya..dn bila kamu cuba perbetulkan keadaan dgn tanya perempuan itu..bgtu juga la dia jwb.."xda pa2"..then at the same tym..kamu dgr macm2 ckp tentang kamu..walhal..kamu tdk kenal pn "mereka2" yng mmbawa cerita ini..Bercakap ttg "jahatnya" kamu yang muncul di antara mereka berdua :( " jika benar semuanya itu..maka tampillah beri perjelasan pada saya.. jangan kata apa pun di belakang saya,kerana itu sama sekali tdak ada ertinya..

" Ya Allah..beri aku pertunjuk untuk semua ini.. aku seorang wanita yang punya hati kecil..yang mencintai dengan seadanya..tap Ya Allah jauhkan lah diriku daripada melukakan hati kaum hawa yang lain..  berikanlah aku kebenaran yang sebenarnya..Sesungguhnya aku Redha dengan semua ujian ini "

Saya seorang perempuan..yang juga punya kelemahan dari pelbagai segi.. saya bersyukur kerana selama ini dia ada untuk memberi semangat..saya menanti sebuah penjelasan.. saya mahu keadaan yang lebih tenang.. kalau ada jdoh antara kami,adalah..kalau tiada tidak apa..itu Kerja tUhan..saya tidak mahu kegembiraan saya ini menyakitkan hati mana-mana orang..mahupun sesiapa..

Pernah saya cuba untuk membutakan mata tentang semua ini..tapi begitu lemah hati ini untuk berdepan dengan keadaan seumpama ini.. saya cuba untuk menerima org lain dalam hati ini.. sedaya upaya saya cuba..memblas kasih sayang yang org lain beri pada saya..tapi sehingga saat ini saya sedar..kalu bukan dengan  dia,adalah lebih baik saya sendiri..daripada menyakiti hati kamu dgn tidak mampu membalas kasih sayang kamu..sekali lagi saya minta maaf Mr.Zul & Mr.Far..Maaf atas kekurangan yang ada dalm hati saya..sehingga pada masa kini saya "hilang"kn diri dr kamu.. saya tidak mampu menipu diri sendiri..

dan Mr.Vially..
saya tidak tahu apa selanjutnya kita selepas ini..
keadaan kita jauh berbeza sekarang.. awak bukan seseorang yng punya banyak masa lagi..tidak seperti selalu..semuanya sibuk dengan itu dan ini..dan syukur..saya lebih memahami saat ini..waktu untuk saya tidur,waktu kamu masih bekerja.. saya sentiasa doakan yng tbaik untuk adie d sana..sedalam-dalam org  memahami saya..alhamdulilah,awak lebih faham sesungguhnya..insyaAllah segalanya akan jelas.. jelas sejelasnya apabila kita berada di jarak jauh buat pertama kalinya..bagaimana keadaannya nnt kita? kita tunggu dan lihat..
saya gembira punya ini semua bersama-sama saya pada masa kini.. ada atau tiada pun kita.. banyak kenangan yang boleh dibukukan menjadi satu kisah kita..




Apa sekali pun penilaian semua mengenai saya hari ini.. saya sendiri pun tdk mampu menghalang penilaian ini sendiri.. bila saja kebenarannya jelas nnti..semuanya mampu membuatkan saya lebih berani berdepan dengan kenyataan.. apa sekali pun pengakhirannya,saya menghormati kita manusia yang diciptakan mempunyai hati dan perasaan.. tapi sekali lagi saya harap semoga perasaan ini dihargai seadanya.. sampai hari ini saya begitu meminta maaf andai saya menyakiti sesiapa.. berilah saya kebenaran andai saya menyakiti kamu,agar saya boleh berhenti menyakiti kamu..walaupun sebenarnya sehingga kini saya tidak tahu apa sebenarnya yang saya lakukan sehingga menyebabkan "mereka" kurang senang dengan saya.. adakah disebabkan saya dan dia..? sedangkan saya teruskan kisah saya dan dia ,sebab dia juga yang teruskan keadaan ini sampai lah hari ini..
Adakala,Saya cuba untuk menjadi kawan buat dia untuk masa kini.. cuba untuk berlagak seolah2 kisah lalu kami itu tidak pernah ada.. tapi.. adakalanya saya berjaya..adakalanya saya gagal..kembali lg seperti lalu

Saya mampu berdiam diri dengan semua ini..menanti pengakhiran cerita tanpa perlu mencoretkan cerita ini sekali pun..tapi lebih terseksa rasanya saya berada di Sangkar Hati ini sendirian..memegang kekeliruan ini di hati..hendak di luah kepadanya..rasanya belum ada masa yang sebaiknya lagi..

Semoga segalanya sedkit memberikan penjelasan saat ini..apa sebenarnya yang bermain di otak fikiran saya..
siapapun yang membaca..yang tidak memahami saya pastinya hanya mampu ketawa ,mahupun memandang sinis ttg coretan ini.. tapi suatu hari nnt bila kamu berdepan dengan keadaan yang sama seperti ini..

TAwakal Lah..Redha Lah.. ^^ kamu akan memerlukan kekuatan hati yang sama seperti saya.. dan saya bersyukur diberi kesedaran untuk sentiasa bersedia dgn segala ujian ini..InsyaAllah..smua akn baik2 sahaja..

No comments:

Post a Comment

| Terima Kasih Sudi baca |
|| Zaza Hargai comment2 semua :) ||